
Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA sejak dari tahun 2002 sehingga kini. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, guru sekolah dan orang awam.
Tahun 2025 merupakan tahun ke-23 pertandingan HPM ini diadakan.
Sebanyak 7 jenis Pertandingan Kepenggunaan akan diadakan pada tahun ini iaitu Pertandingan Mengarang Esei, Mereka E-Poster CANVA, Mereka E-Komik CANVA, Mencipta Video Animasi CANVA, Cabaran Mencipta Dunia "Minecraft".
Malahan, sebagai memperingati jasa guru-guru sekolah yang dedikasi dalam aktiviti kepenggunaan sekolah, FOMCA juga mengadakan pertandingan Anugerah Guru HPM dan juga Anugerah Penyertaan Terbanyak bagi peringkat Sekolah.