Thursday, June 21, 2018

PENGUMUMAN

Menu Pertandingan

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2018

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.

Tahun 2018 merupakan tahun ke-17 ini, menunjukkan kecenderungan yang tinggi pengguna di luar sana untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti Kelab Pengguna Sekolah, khususnya di Sekolah Menengah.

Pada tahun 2018, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM300,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  6. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  7. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  8. Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  9. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
  10. Pertandingan ‘MySWITCH’ (2 Kategori) 

“Anugerah Guru HPM” dan "Anugerah Penyertaan Terbanyak" diadakan dengan tujuan mengenal pasti guru dan sekolah yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia dan mengiktiraf guru-guru dan sekolah yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.

Selain itu, FOMCA juga mengadakan sesi jerayawara (roadshow) dan pelbagai aktiviti bagi mempromosi pertandingan ini untuk menggalakkan penyertaan, antaranya:

  1. Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
  2. Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
  3. Pertandingan Mewarna di Pasar raya terpilih
  4. Pertandingan Mewarna di Komuniti

Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2018 yang diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Terbuka, gerai pameran, demonstrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut.

Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan  (KPDNKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urus Setia HPM.

Sekian, terima kasih

Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA