Thursday, June 21, 2018

PENGUMUMAN

Menu Pertandingan

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2018

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.

Tahun 2018 merupakan tahun ke-17 ini, menunjukkan kecenderungan yang tinggi pengguna di luar sana untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti Kelab Pengguna Sekolah, khususnya di Sekolah Menengah.

Pada tahun 2018, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM300,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  6. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  7. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  8. Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  9. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
  10. Pertandingan ‘MySWITCH’ (2 Kategori) 

“Anugerah Guru HPM” dan "Anugerah Penyertaan Terbanyak" diadakan dengan tujuan mengenal pasti guru dan sekolah yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia dan mengiktiraf guru-guru dan sekolah yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.

Selain itu, FOMCA juga mengadakan sesi jerayawara (roadshow) dan pelbagai aktiviti bagi mempromosi pertandingan ini untuk menggalakkan penyertaan, antaranya:

  1. Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
  2. Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
  3. Pertandingan Mewarna di Pasar raya terpilih
  4. Pertandingan Mewarna di Komuniti

Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2018 yang diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Terbuka, gerai pameran, demonstrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut.

Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan  (KPDNKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urus Setia HPM.

Sekian, terima kasih

Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA

PERTANDINGAN MEWARNA TERBUKA

SEMUA ORANG DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA TERBUKA.

Tarikh : TBC
Pendaftaran : 8.00 PG - 9.00 PG
Masa Pertandingan: 9:00am - 11:00am
Penyampaian Hadiah Mewarna: 12:30pm
Tempat : TBC

 Kategori

  • Kategori A. Umur 4 – 6
  • Kategori B. Darjah 1 – 3
  • Kategori C. Darjah 4 – 6
  • Kategori D. Berumur 13 tahun dan ke atas.

Syarat

  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Hanya PENSEL WARNA SAHAJA YANG DIBENARKAN.
  • Penyertaan hanya terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
  • Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertandingan.
  • Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang kerusi atau meja untuk para peserta.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

    * Tertakluk kepada perubahan semasa

Cara Penyertaan

  • ANDA BOLEH MENDAFTAR TERUS PADA HARI TERSEBUT. TIDAK PERLU UNTUK MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN SEBELUM PERTANDINGAN.
  • Selain daripada pertandingan mewarna, terdapat aktiviti-aktiviti lain untuk semua lapisan masyarakat seperti pameran dan booth berinformasi pada hari tersebut.

Hadiah Pertandingan Mewarna Akhir

Kategori Hadiah
Wang Tunai
Kategori A. Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM400.00
RM300.00
RM200.00
RM100.00
Kategori B Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM500.00
RM400.00
RM300.00
RM100.00
Kategori C Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM600.00
RM500.00
RM400.00
RM100.00
Kategori D. Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x20)
RM400.00
RM300.00
RM200.00
RM100.00

Sila hubungi Urusetia di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau 03-78764648 untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih