Wednesday, December 13, 2017

PENGUMUMAN

Borang Pertandingan

Menu Pertandingan

mfc winners

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

  1. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.
  2. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman sesawang dan lain-lain.
  3. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
  4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
  6. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  7. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.
  8. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
  9. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.
  10. Sentiasa rujuk laman www.mypengguna.com untuk perkembangan dan aktiviti terkini.
  11. Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Jun 2017. (TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017)
  12. Bermula pada tahun ini, setiap peserta MESTI memberi ALAMAT E-MEL bagi pemberian sijil penyertaan. Sebarang borang yang tidak lengkap dan tidak mengandungi ALAMAT E-MEL tidak akan diberikan sijil.
  13. Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  14. Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2017
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2017
Tel : 03-7876 4648
Faks : 03-7873 0636
E-mel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin - Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara

Sebarang pengumuman atau maklumat terkini akan dipaparkan melalui laman web HPM: www.mypengguna.com

Borang

MySWITCH 2017