banner_01

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.Tahun 2025 merupakan tahun ke-23 pertandingan ini dijalankan. Ini menunjukkan kecenderungan yang tinggi oleh pengguna di luar sana untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti utama di Sekolah. 

Antara aktiviti yang akan dijalankan bersempena program HPM adalah seperti berikut:
        i. Program jeyawara (outreach) melalui Ceramah Kesedaran Kepenggunaan (1 jam) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang dilakukan secara fizikal dan program ini juga akan turut mendekati pelajar di institut pengajian tinggi awam/swasta dan juga masyarakat pengguna melalui Persatuan Penduduk, Komuniti Rukun Tetangga dan sebagaimya.
       ii. Promosi 6 jenis Pertandingan Kepenggunaan seperti Mengarang Esei Kepenggunaan, Mereka E-Poster CANVA Kepenggunaan, Mereka E-Komik CANVA Kepenggunaan, Mencipta Video Animasi CANVA Kepenggunaan, 'Minecraft 2025' Kepenggunaan dan Anugerah Penyertaan Terbanyak bagi kategori Sekolah. 

Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2025 (Majlis Penutup HPM) yang akan diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan/swasta, demontrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut.

Pertandingan Kepenggunaan ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urusetia HPM.