- Details
- Written by: Urusetia
- Category: Uncategorised
- Hits: 161

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA sejak dari tahun 2002 sehingga kini. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, dari pelajar Sekolah Rendah atau Menengah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, termasuk guru sekolah. Pertandingan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Surat kebenaran KPM boleh didapati di bahagian Senarai Dokumen & Logo.
Tahun 2026 merupakan tahun ke-24 pertandingan HPM ini diadakan.
Tahun ini, terdapat 3 jenis Pertandingan Kepenggunaan iatu Pertandingan Mengarang Esei, Pertandingan E-poster Canva, dan Pertandingan E-video Canva. Peserta pertandingan ini akan mendapat sijil Peringkat Kebangsaan yang diiktiraf oleh KPM yang diambil kira dalam pemarkahan pelibatan kokurikulum bagi Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
JOM ASAH BAKAT ANDA MELALUI PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN INI!
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Ogos 2026.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia HPM di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau talian WhatsApp 010-557 4648.
- Details
- Written by: Urusetia
- Category: Uncategorised
- Hits: 5522
SENARAI DOKUMEN & LOGO
| 1) |
TEMPLATE SENARAI NAMA PESERTA BAGI PENGHANTARAN (POS) MENGARANG ESEI SECARA BERKUMPULAN **Bagi Sekolah yang ingin pos/hantar penyertaan pelajar secara berkumpulan bagi Pertandingan Mengarang Esei , boleh sertakan template senarai nama ini bersama dengan hasil karya pelajar |
MUAT TURUN TEMPLATE SENARAI PENYERTAAN NAMA PELAJAR DI SINI |
| 2) | LOGO FOMCA dan LOGO HPM 2026 | |
| 3) | Surat Kebenaran daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
- Details
- Written by: Urusetia
- Category: Uncategorised
- Hits: 4446
Alamat:
Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2026
No. 24, Jalan SS1/22A,
47300 Petaling Jaya,
Selangor
Nombor Telefon:
Pejabat: 03-7876 4648 / 09-7876 2009
Whatsapp sahaja: 010-557 4648
- Details
- Written by: Urusetia
- Category: Uncategorised
- Hits: 8776
TERMA DAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN HPM 2026 (WAJIB BACA)
- Penyertaan adalah PERCUMA. FOMCA tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan untuk semua jenis kategori pertandingan.
- Peserta yang ingin mengambil bahagian WAJIB LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Facebook/Instagram/TikTok FOMCA, @fomcaofficial.
- Peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form yang boleh didapati di laman sesawang www.mypengguna.com atau brosur HPM. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan. tersilap hantar atau penyertaan yang hilang.
- Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.
- Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Pihak penganjur berhak untuk menolak hasil karya yang tidak asli.
- Semua jenis pertandingan HPM 2026 TIDAK BOLEH menggunakan bahasa berbaur lucah dan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian antara perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan masyarakat Malaysia serta tidak menghina mana-mana individu, pertubuhan dan juga pemimpin.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan segala kandungan (content) video di akaun media sosial peserta yang mencemarkan nama agensi/organisasi lain dan yang menimbulkan kontroversi.
- Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Semua hasil karya peserta (yang menang atau tidak menang) akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web, media sosial FOMCA dan lain-lain.
- Segala perubahan pada terma dan syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
- Keputusan daripada pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dengan sebarang kos perbelanjaan yang terlibat atau kerugian yang ditanggung oleh peserta dalam penghasilan karya.
- Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan atau yang tidak lengkap.
- Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sijil tidak akan diberikan jika tidak menepati syarat pertandingan.
- Pertandingan ini tertakluk kepada sebarang perubahan polisi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).