PERTANDINGAN E-POSTER CANVA KEPENGGUNAAN
TERBUKA KEPADA KATEGORI :
• KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 4 – Darjah 6) individu
• KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)
• KATEGORI C : Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, Pra-Universiti (A-Levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)
• KATEGORI D : Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
SYARAT PENYERTAAN
1. E-poster ini WAJIB menggunakan aplikasi CANVA.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Bagi peserta dari kategori Pelajar Sekolah Rendah (Kategori A) dan Pelajar Sekolah Menengah (Kategori B), anda WAJIB mempunyai seorang Guru Pembimbing. Seorang Guru dibenarkan untuk membimbing pelajar tidak lebih daripada 5 orang pelajar.
(Nota : Guru Pembimbing akan turut mendapat sijil penyertaan).
4. Medium bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam e-poster).
5. Medium penyertaan : Platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok (Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan ke mode public).
6. E-poster hendaklah menggunakan saiz dimensi seperti berikut:
• 1,200 X 630 pixels (Facebook)
• 1,080 x 1,080 pixels (Instagram dan Tiktok)
7. Setiap e-poster perlu mempunyai logo FOMCA dan logo HPM 2025 yang boleh didapati di laman sesawang HPM.
8. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah pada 31 OGOS 2025.
TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN
KATEGORI A :
PA 1 : Jimat Tenaga / Save Energy |
PA 2 : Amalan Pemakanan yang Sihat |
PA 3 : Penggunaan Air dengan Cekap / Efficient Water Usage |
KATEGORI B :
PB 1 : Kesan Perubahan Iklim / Climate Change Effect |
PB 2 : Sukan dan Kesihatan / Sport and Health |
PB 3 : Pembelian yang Berhemah / Prudent Purchasing |
KATEGORI C :
PC 1 : Gaya Hidup Sihat / Healthy Lifestyle |
PC 2 : Pekerja Muda dan Muflis / Young Worker and Bankruptcy |
PC 3 : Amalan Gaya Hidup Lestari / Sustainable Lifestyle Practices |
KATEGORI D :
PD 1 : Keperluan dan Kehendak Saya / My Needs and Desires |
PD 2 : Pengurusan Sisa Elektronik / Managing Electronic Waste |
PD 3 : Media Sosial : Dulu dan Kini / Social Media: Past and Present |
CARA PENYERTAAN
1. Peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
2. Setiap hasil karya e-poster Canva WAJIB disimpan dalam bentuk fail PNG/JPG. Kemudian, hasil karya tersebut WAJIB dimuat naik melalui akaun media sosial peserta (Facebook/Instagram/TikTok) berserta :
• caption yang menarik dan kreatif mengikut tajuk yang dipilih
• hashtag #FOMCA #HPM2025 #WCRD2025; dan
• wajib tag akaun @fomcaofficial dan juga 5 orang rakan di post tersebut
*Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan kepada mode public
3. Peserta juga WAJIB memuat naik hasil karya e-poster Canva melalui Google Drive dan kongsikan/share pautan Google Drive tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur. (Sila pastikan pautan Google Drive ditetapkan kepada tetapan “can view" dan boleh dibuka oleh "anyone").
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
KAEDAH PENILAIAN
1. E-poster Canva yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
Menepati tema | 30 Markah |
Idea (isi kandungan) | 30 Markah |
Kreativiti / Inovasi | 30 Markah |
Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak | 10 Markah |
Markah keseluruhan | 100 markah |
2. Kandungan e-poster mestilah kreatif, menarik dan menepati dengan tajuk yang dipilih.
3. Mesej yang terkandung di dalam e-poster perlu mempunyai impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
PEMENANG PERTAMA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEEMPAT | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KELIMA | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)
PEMENANG PERTAMA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEEMPAT | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KELIMA | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI C (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, PRA-UNIVERSITI)
PEMENANG PERTAMA | RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI D (UMUM)
PEMENANG PERTAMA | RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN |
* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)