PERTANDINGAN E-VIDEO ANIMASI CANVA KEPENGGUNAAN 2026
TERBUKA KEPADA KATEGORI:
• KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 4 – Darjah 6)
• KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)
SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan e-video WAJIB menggunakan aplikasi Canva. (Nota : Setiap kos langganan adalah di bawah tanggungan sendiri).
2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
3. Setiap penyertaan WAJIB mempunyai seorang Guru Pembimbing. (Nota : Guru Pembimbing akan turut mendapat sijil penyertaan).
4. Medium bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam video).
5. Medium penyertaan : Platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok (Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan ke mode public).
6. E-video Canva tersebut hendaklah menggunakan saiz dimensi seperti berikut:
• 1080px X 1920px with a 9:16 aspect ratio (Instagram, Facebook dan Tiktok)
7. Masa yang diperuntukkan untuk penghasilan E-video animasi adalah maksimum selama 3 minit.
8. Setiap e-video WAJIB mempunyai logo FOMCA, logo Standards Users dan logo HPM 2026 yang boleh didapati di laman sesawang HPM (Senarai dokumen & logo).
9. Sila pastikan semua muzik latar (jika ada) yang digunakan berstatus bebas royalti.
10. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah pada 7 Ogos 2026.
TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN
KATEGORI A :
| VA 1 : Pilih barang yang selamat (Petunjuk: Logo MC, SIRIM-ST, MAL, GMP) / Choose Safe Products (Hint: Logo MC, SIRIM-ST, MAL, GMP) |
| VA 2 : Mainan ini selamat ke? (Petunjuk: Kesan bahan kimia yang berbahaya i.e lead, phthalate) / Is this toy safe? (Hint: The effects of harmful chemicals such as lead and phthalate) |
KATEGORI B :
| VB 1 : Apabila kita memilih produk yang tidak selamat, apakah kesannya kepada kita dan keluarga kita? (Petunjuk: Produk yang ada logo keselamatan) / When we choose unsafe products, what are the effects on us and our family? (Hint: Products with safety logos) |
| VB 2 : Mengapa sistem kumbahan penting untuk alam sekitar? / Why is the sewerage system important for the environment? |
CARA PENYERTAAN
1. Anda WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
2. Setiap hasil karya video Canva WAJIB dimuat naik melalui akaun media sosial peserta (Facebook/Instagram/TikTok) berserta :
• caption yang menarik dan kreatif mengikut tajuk yang dipilih
• hashtag #FOMCA #StandardsUsers #HPM2026 #WCRD2026; dan
• wajib tag akaun @fomcaofficial dan juga 5 orang rakan di post tersebut
*Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan kepada mode public
3. Peserta juga WAJIB memuat naik hasil karya e-video Canva melalui Google Drive dan kongsikan/share pautan Google Drive tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur. (Sila pastikan pautan Google Drive ditetapkan kepada tetapan “can view" dan boleh dibuka oleh "anyone").
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
KAEDAH PENILAIAN
1. E-video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
| Menepati tema | 30 Markah |
| Idea/Penyampaian | 30 Markah |
| Kreativiti / Inovasi | 30 Markah |
| Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak | 10 Markah |
| Markah keseluruhan | 100 markah |
2. Penyampaian e-video mestilah kreatif, menarik dan menepati dengan tajuk yang dipilih.
3. Mesej yang terkandung di dalam video perlu mempunyai impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
| PEMENANG PERTAMA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEEMPAT | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KELIMA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)
| PEMENANG PERTAMA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEEMPAT | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KELIMA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
