1. Untuk mengenal pasti guru-guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
2. Untuk mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda mengenai kepentingan ilmu kepenggunaan.
CARA PENYERTAAN
1. Terbuka untuk Guru yang mengajar di Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Sekolah Menengah. (Nota : Keutamaan akan diberikan kepada Guru yang belum pernah menyertai pertandingan ini).
2. Peserta (Guru) WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI (GURU) atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
3. Guru yang ingin bertanding dalam Anugerah Guru ini digalakkan menjemput pihak FOMCAuntuk mengadakan ceramah kepenggunaan bersama pihak Pelajar/Guru/Kakitangan Sekolah. (Untuk maklumat lanjut mengenai program ceramah kepenggunaan, sila hubungi pihak FOMCA di talian 03-7876 4648 / 010-557 4648) dan juga digalakkan untuk menyertai pertandingan Mengarang Esesi HPM 2025 bagi kategori Guru.
4. WAJIB sediakan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2025 sebagai bukti sokongan bagi anugerah ini. Jumlah halaman kertas kerja tersebut tidak melebihi 5 muka surat (tidak termasuk lampiran). Kertas kerja tersebut perlu mengandungi perkara seperti berikut :
Profil Guru
Profil Sekolah
Senarai Aktiviti Kepenggunaan bersama pihak pelajar, warga sekolah atau komuniti kejiranan
5. Kertas Kerja tersebut perlu disimpan dalam bentuk fail PDF dan WAJIB dimuat naik di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur.
6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
7. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 31 OGOS 2025.
PENILAIAN
1. Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan berdasarkan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2025 yang dihantar oleh guru dan memastikan guru memenuhi kriteria Anugerah ini.
2. Ahli Panel mengambil kira penglibatan guru yang aktif di dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan termasuk penglibatan guru (sebagai Guru Pembimbing), pelajar sekolah (tempat guru berkhidmat) dalam Pertandingan HPM 2025.
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A1 (SEKOLAH RENDAH)
Hadiah (3x)
Sekolah Kebangsaan (SK)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)
KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH)
Hadiah (1x)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)
BORANG ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERINGKAT SEKOLAH
**untuk diisi oleh guru pembimbing (Ketua) yang menyertai pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah dan WAJIB dimuat naik dalam ruangan borang penyertaan Google Form.
TEMPLATE SENARAI PENYERTAAN NAMA PELAJAR - ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERINGKAT SEKOLAH
**untuk diisi oleh guru pembimbing (Ketua) yang menyertai pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah dan WAJIB dimuat naik dalam ruangan borang penyertaan Google Form.
Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA sejak dari tahun 2002 sehingga kini. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, guru sekolah dan orang awam.
Tahun 2025merupakan tahun ke-23 pertandingan HPM ini diadakan.
Sebanyak 7 jenis Pertandingan Kepenggunaan akan diadakan pada tahun ini iaitu Pertandingan Mengarang Esei, Mereka E-Poster CANVA, Mereka E-Komik CANVA, Mencipta Video Animasi CANVA, Cabaran Mencipta Dunia "Minecraft".
Malahan, sebagai memperingati jasa guru-guru sekolah yang dedikasi dalam aktiviti kepenggunaan sekolah, FOMCA juga mengadakan pertandingan Anugerah Guru HPM dan juga Anugerah Penyertaan Terbanyak bagi peringkat Sekolah.
JOM ASAH BAKAT ANDA MELALUI PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN INI!
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 31 OGOS 2025.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia HPM di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau Whatsapp 010-557 4648
TERMA DAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN HPM 2025 (WAJIB BACA)
Peserta yang ingin mengambil bahagian WAJIB LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Facebook/Instagram/TikTok FOMCA, @fomcaofficial. 2. Peserta wajib mendaftar dengan mengisi borang penyertaan (Google Form) dalam talian yang boleh didapati di laman sesawang www.mypengguna.com 3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu sijil penyertaan dan satu hadiah sahaja. 4. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Pihak penganjur berhak untuk menolak hasil karya yang tidak asli. 5. Semua jenis pertandingan HPM 2025 TIDAK BOLEH menggunakan bahasa berbaur lucah dan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian antara perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan masyarakat Malaysia serta tidak menghina mana-mana individu, pertubuhan dan juga pemimpin. 6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan segala kandungan (content) video di akaun media sosial peserta yang mencemarkan nama agensi/organisasi lain dan yang menimbulkan kontroversi. 7. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Semua hasil karya peserta (yang menang atau tidak menang) akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web, media sosial FOMCA dan lain-lain. 8. Segala perubahan pada terma dan syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur. 9. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. 10. Keputusan daripada pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan. 11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dengan sebarang kos perbelanjaan yang terlibat atau kerugian yang ditanggung oleh peserta dalam penghasilan karya. 12. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan atau yang tidak lengkap. 13. Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 14. Pertandingan ini tertakluk kepada sebarang perubahan polisi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).