- Details
- Written by: Aqira
- Category: Uncategorised
- Hits: 65
- Details
- Written by: Aqira
- Category: Uncategorised
- Hits: 2435
Alamat:
Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2024
No. 24, Jalan SS1/22A,
47300 Petaling Jaya,
Selangor
Nombor Telefon:
03-7876 4648 / 09-7876 2009 / 010-557 4648
- Details
- Written by: Aqira
- Category: Uncategorised
- Hits: 5259
1.) BORANG PENYERTAAN TERBANYAK 2024_SEKOLAH
SILA TEKAN PAUTAN INI UNTUK MUAT TURUN BORANG
2.) TEMPLATE SENARAI NAMA PESERTA HPM 2024 (untuk guru pembimbing sahaja)
SILA TEKAN PAUTAN INI UNTUK MUAT TURUN TEMPLATE NAMA PELAJAR
- Details
- Written by: Aqira
- Category: Uncategorised
- Hits: 6440

Jom asah bakat masing-masing melalui 6 jenis pertandingan HPM 2025 iaitu Mengarang Esei, Mereka E-Poster CANVA, Mereka E-Komik CANVA, Mencipta Video Pendek CANVA, 'Minecraft' 2025 dan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah.
Pertandingan ini boleh disertai secara individu atau berkumpulan. Selain pelajar sekolah, mahasiswa IPT, guru sekolah dan orang awam juga amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan HPM 2025 ini. Peserta WAJIB membaca Terma dan Syarat Umum hpm 2025.
Tarikh tutup penyertaan HPM 2025 ini adalah pada 30 Ogos 2025.
Untuk makluman,peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, atau dengan mengimbas KOD QR di bawah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia HPM di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau Whatsapp 010-557 4648
- Details
- Written by: Aqira
- Category: Uncategorised
- Hits: 3785
TERMA DAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN HPM 2025 (WAJIB BACA)
- Peserta yang ingin mengambil bahagian WAJIB LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Facebook/Instagram/TikTok FOMCA, @fomcaofficial.
2. Peserta wajib mendaftar dengan mengisi borang penyertaan (Google Form) dalam talian yang boleh didapati di laman sesawang www.mypengguna.com
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu sijil penyertaan dan satu hadiah sahaja.
4. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Pihak penganjur berhak untuk menolak hasil karya yang tidak asli.
5. Semua jenis pertandingan HPM 2025 TIDAK BOLEH menggunakan bahasa berbaur lucah dan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian antara perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan masyarakat Malaysia serta tidak menghina mana-mana individu, pertubuhan dan juga pemimpin.
6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan segala kandungan (content) video di akaun media sosial peserta yang mencemarkan nama agensi/organisasi lain dan yang menimbulkan kontroversi.
7. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Semua hasil karya peserta (yang menang atau tidak menang) akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web, media sosial FOMCA dan lain-lain.
8. Segala perubahan pada terma dan syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
9. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Keputusan daripada pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dengan sebarang kos perbelanjaan yang terlibat atau kerugian yang ditanggung oleh peserta dalam penghasilan karya.
12. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan atau yang tidak lengkap.
13. Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
14. Pertandingan ini tertakluk kepada sebarang perubahan polisi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).