banner_01

ANUGERAH GURU HPM

TERBUKA KEPADA KATEGORI :
KOD PERTANDINGAN KATEGORI
AG SK Sekolah Kebangsaan (SK)
AG SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
AG SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
AG SM Sekolah Menengah
 
OBJEKTIF
1. Untuk mengenal pasti guru-guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
2. Untuk mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda mengenai kepentingan ilmu kepenggunaan. 
 
CARA PENYERTAAN
1. Terbuka untuk Guru yang mengajar di Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Sekolah Menengah. (Nota : Keutamaan akan diberikan kepada Guru yang belum pernah menyertai pertandingan ini).
2. Peserta (Guru) WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI (GURU) atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
3. Guru yang ingin bertanding dalam Anugerah Guru ini digalakkan menjemput pihak FOMCA untuk mengadakan ceramah kepenggunaan bersama pihak Pelajar/Guru/Kakitangan Sekolah. (Untuk maklumat lanjut mengenai program ceramah kepenggunaan, sila hubungi pihak FOMCA di talian 03-7876 4648 / 010-557 4648) dan juga digalakkan untuk menyertai pertandingan Mengarang Esesi HPM 2025 bagi kategori Guru. 
4. WAJIB sediakan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2025 sebagai bukti sokongan bagi anugerah ini. Jumlah halaman kertas kerja tersebut tidak melebihi 5 muka surat (tidak termasuk lampiran). Kertas kerja tersebut perlu mengandungi perkara seperti berikut :
         Profil Guru 
         Profil Sekolah
         Senarai Aktiviti Kepenggunaan bersama pihak pelajar, warga sekolah atau komuniti kejiranan
5. Kertas Kerja tersebut perlu disimpan dalam bentuk fail PDF dan WAJIB dimuat naik di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur.
6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
7. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 31 OGOS 2025.
 
PENILAIAN
1. Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan berdasarkan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2025 yang dihantar oleh guru dan memastikan guru memenuhi kriteria Anugerah ini.
2. Ahli Panel mengambil kira penglibatan guru yang aktif di dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan termasuk penglibatan guru (sebagai Guru Pembimbing), pelajar sekolah (tempat guru berkhidmat) dalam Pertandingan HPM 2025.
 
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A1 (SEKOLAH RENDAH)
Hadiah (3x)
Sekolah Kebangsaan (SK)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)
 
KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH)
Hadiah (1x)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)