banner_01

PERTANDINGAN E-KOMIK CANVA KEPENGGUNAAN

TERBUKA KEPADA KATEGORI:
•    KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 4 – Darjah 6)
•    KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

SYARAT PENYERTAAN
1.    E-komik ini WAJIB menggunakan aplikasi CANVA.
2.    Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. (Jika berkumpulan, jumlah penyertaan adalah tidak lebih daripada 3 orang).
3.    Bagi peserta dari kategori Pelajar Sekolah Rendah (Kategori A) dan Pelajar Sekolah Menengah (Kategori B), anda WAJIB mempunyai seorang Guru Pembimbing. 
(Nota : Guru Pembimbing akan turut mendapat sijil penyertaan).
4.    Medium penyertaan : Platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok 
      (Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan ke mode public).
5.    E-komik Canva hendaklah menggunakan saiz dimensi seperti berikut:
           •    1,200 X 630 pixels (Facebook
           •    1,080 x 1,080 pixels (Instagram dan Tiktok)

6.    Setiap e-komik perlu mempunyai logo FOMCA dan logo HPM 2025 yang boleh didapati di laman sesawang HPM.
7.    Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah pada 31 OGOS 2025.

TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN
KATEGORI A :

KA 1 : Kehidupan Pengguna yang Bijak / The Life of a Smart Consumer
KA 2 : Sayangi Sumber Air Anda / Love Your Water Sources
KA 3 : Jimat Tenaga, Jimat Wang / Save Energy, Save Money

KATEGORI B :

KB 1 : Pandu Cermat, Jiwa Selamat / Drive Carefully, Be Safe
KB 2 : Pengguna Dulu dan Kini / Consumers Then and Now
KB 3 : Keterjaminan Makanan / Food security

 

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
2.    Setiap hasil karya e-komik Canva WAJIB disimpan dalam bentuk fail PDF. Kemudian, hasil karya tersebut WAJIB dimuat naik melalui akaun media sosial peserta (Facebook/Instagram/TikTok) berserta :
        •    caption yang menarik dan kreatif mengikut tajuk yang dipilih
        •    hashtag #FOMCA #HPM2025 #WCRD2025; dan
        •    wajib tag akaun @fomcaofficial dan juga 5 orang rakan di post tersebut
*Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan kepada mode public

3.    Peserta juga WAJIB memuat naik hasil karya e-komik Canva melalui Google Drive dan kongsikan/share pautan Google Drive tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur. (Sila pastikan pautan Google Drive ditetapkan kepada tetapan “can view" dan boleh dibuka oleh "anyone").
4.    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com

KAEDAH PENILAIAN
1.    E-komik Canva yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:

Menepati tema 30 Markah
Idea (isi kandungan) 30 Markah
Kreativiti / Inovasi 30 Markah
Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak 10 Markah
Markah keseluruhan 100 markah

2.    Penyampaian e-komik mestilah kreatif, menarik dan menepati dengan tajuk yang dipilih.
3.    Mesej yang terkandung di dalam e-komik perlu mempunyai impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.

HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH) 

PEMENANG PERTAMA RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEDUA  RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KETIGA  RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEEMPAT  RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KELIMA RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
HADIAH SAGUHATI (3x) RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH) 

PEMENANG PERTAMA RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEDUA  RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KETIGA  RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEEMPAT  RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KELIMA RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
HADIAH SAGUHATI (3x) RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)