banner_01
ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERINGKAT SEKOLAH
 
TERBUKA KEPADA KATEGORI :
KOD PERTANDINGAN KATEGORI
AS SK Sekolah Kebangsaan (SK)
AS SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
AS SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
AS SM Sekolah Menengah
 
OBJEKTIF
1. Untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak bagi pertandingan Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2025.
2. Untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
3. Untuk mengiktiraf sekolah dan guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda mengenai kepentingan ilmu kepenggunaan. 
 
CARA PENYERTAAN
1. Terbuka untuk semua jenis Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Sekolah Menengah.
2. Guru pembimbing (Ketua) WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI (GURU) atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.
3. Sekolah yang menyertai pertandingan ini WAJIB mempunyai SEKURANG-KURANGNYA TIGA (3) ORANG GURU PEMBIMBING untuk penyertaan pelajar sekolah dalam Pertandingan HPM 2025. Semua Guru Pembimbing yang membimbing pelajar untuk Pertandingan HPM 2025 akan turut mendapat sijil penyertaan.
4. Sekolah yang ingin bertanding dalam Anugerah ini turut digalakkan menjemput pihak FOMCA untuk mengadakan ceramah kepenggunaan bersama pihak Pelajar/Guru/Kakitangan Sekolah. (Untuk maklumat lanjut mengenai program ceramah kepenggunaan, sila hubungi pihak FOMCA di talian 03-7876 4648 / 010-557 4648).
5. Guru pembimbing (Ketua) juga WAJIB mengisi
       i) Borang Penyertaan Terbanyak dan
      ii) Template Senarai Penyertaan Nama Pelajar HPM 2025
*Boleh didapati di laman sesawang, www.mypengguna.com yang terdapat di bahagian “Senarai Borang & Dokumen”. Kemudian, semua dokumen (i dan ii) yang telah diisi, WAJIB dimuat naik di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur.
6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
7. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 31 OGOS 2025.
 
PENILAIAN
1. Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan dan memastikan sekolah memenuhi kriteria Anugerah ini.
2. Ahli Panel akan mengambil kira latar belakang sekolah serta jumlah penglibatan pelajar dan Guru Pembimbing bagi Pertandingan HPM 2025. Selain itu, aktiviti kepenggunaan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah juga akan turut diambil kira oleh Ahli Panel.
3. Sekolah yang telah disenarai pendek akan dihubungi oleh urusetia HPM dan perlu menghantar profil sekolah serta senarai pertandingan yang disertai oleh pelajar/guru sekolah sebagai bukti sokongan bagi anugerah ini.
 
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
Hadiah (3x)
Sekolah Kebangsaan (SK)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)
 
KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)
Hadiah (1x)
RM1,500 + Sijil Pengiktirafan (Untuk Sekolah dan Guru Pembimbing yang terlibat)