PERTANDINGAN DUNIA KEPENGGUNAAN MINECRAFT
TERBUKA KEPADA KATEGORI :
• KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 1 – Darjah 6)
• KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)
SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. (Jika berkumpulan, jumlah penyertaan adalah tidak lebih daripada 3 orang).
2. Peserta bebas menggunakan Minecraft Java Edition, Minecraft Bedrock Edition, atau Minecraft Education (Nota : Setiap pembelian lesen Minecraft adalah di bawah tanggungan peserta sendiri).
3. Bagi peserta dari kategori Pelajar Sekolah Rendah (Kategori A) dan Pelajar Sekolah Menengah (Kategori B), anda WAJIB mempunyai seorang Guru Pembimbing. (Nota : Guru Pembimbing akan turut mendapat sijil penyertaan).
4. Menerapkan mana-mana elemen SDG (Sustainable Development Goals) yang bersesuaian seperti di bawah:
- Setiap penyertaan mesti menerapkan sekurang-kurangnya 3 elemen SDG di dalam dunia Minecraft anda
- Dunia kepenggunaan Minecraft anda mesti jelas menunjukkan hubungan tema/idea dengan prinsip SDG tersebut
5. Video Penerangan:
Peserta WAJIB menyediakan video penerangan mengenai dunia kepenggunaan Minecraft anda dan video tersebut mestilah:
o Berdurasi maksimum 3 minit
o Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam video)
o Menjelaskan secara kreatif bagaimana hubungan tema/idea dunia kepenggunaan Minecraft diterapkan dengan prinsip SDG yang dipilih
6. Kandungan dalam video mesti:
o Menunjukkan reka bentuk dan inovasi dunia kepenggunaan Minecraft.
o Muzik latar yang digunakan (jika ada) berstatus bebas royalti.
o Bahasa penyampaian perlulah jelas.
7. Peserta bebas edit video penerangan dengan menggunakan sebarang perisian pengeditan video, mengikut pilihan masing-masing tetapi jika melibatkan sebarang kos kewangan adalah tanggungan sendiri.
8. Laporan Akhir
• Peserta WAJIB menghantar Laporan Akhir kepada pihak sekretariat sebelum 31 Ogos 2025 (Format Laporan Akhir Pertandingan Dunia Kepenggunaan Minecraft boleh didapati di laman sesawang, www.mypengguna.com yang terdapat di bahagian “Senarai Borang & Dokumen").
• Untuk penyediaan Laporan Akhir, peserta boleh memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam laporan)
9. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah pada 31 OGOS 2025.
TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN
KATEGORI A :
MINE A : Peralihan Gaya Hidup Lestari Secara Adil – Tempat Kediaman / A Just Transition to Sustainable Lifestyles - Home
KATEGORI B :
MINE B : Peralihan Gaya Hidup Lestari Secara Adil – Sekolah / A Just Transition to Sustainable Lifestyles - School
CARA PENYERTAAN
1. Anda WAJIB mendaftar penyertaan melalui Google Form. Untuk penyertaan individu, anda perlu mendaftar penyertaan melalui pautan, SILA DAFTAR DI SINI (INDIVIDU). Untuk penyertaan berkumpulan, anda perlu mendaftar penyertaan melalui pautan, SILA DAFTAR DI SINI (BERKUMPULAN).
2. Peserta WAJIB memuat naik video penerangan melalui Google Drive dan kongsikan/share pautan Google Drive tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur. (Sila pastikan pautan Google Drive ditetapkan kepada tetapan “can view" dan boleh dibuka oleh "anyone").
3. Peserta juga WAJIB memuat naik Laporan Akhir Pertandingan Dunia Kepenggunaan Minecraft dalam bentuk PDF di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur.
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
KAEDAH PENILAIAN
1. Video penerangan yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:
Menepati tema | 30 Markah |
Idea dan inovasi termasuk elemen SDG | 30 Markah |
Keaslian idea | 20 Markah |
Kertas Laporan Akhir | 20 Markah |
Markah keseluruhan | 100 markah |
2. Kandungan video mestilah kreatif, menarik dan menepati dengan tema yang diberi .
3. Mesej yang terkandung di dalam video perlu mempunyai impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
PEMENANG PERTAMA | RM 700 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEEMPAT | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KELIMA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 300 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)
PEMENANG PERTAMA | RM 1,000 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEDUA | RM 800 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KETIGA | RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KEEMPAT | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
PEMENANG KELIMA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 300 + SIJIL PENYERTAAN |
* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)