banner_01

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA sejak dari tahun 2002 sehingga kini. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, guru sekolah dan orang awam.

Tahun 2025 merupakan tahun ke-23 pertandingan HPM ini diadakan.

Sebanyak 7 jenis Pertandingan Kepenggunaan akan diadakan pada tahun ini iaitu Pertandingan Mengarang Esei, Mereka E-Poster CANVA, Mereka E-Komik CANVA, Mencipta Video Animasi CANVA, Cabaran Mencipta Dunia "Minecraft".

Malahan, sebagai memperingati jasa guru-guru sekolah yang dedikasi dalam aktiviti kepenggunaan sekolah, FOMCA juga mengadakan pertandingan Anugerah Guru HPM dan juga Anugerah Penyertaan Terbanyak bagi peringkat Sekolah.

JOM ASAH BAKAT ANDA MELALUI PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN INI!
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 31 OGOS 2025.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia HPM di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau Whatsapp 010-557 4648